Pendaftaran Qurban 2023 telah DITUTUP
Amal Qurban dan Aqiqah Online merupakan antara projek kebajikan berimpak tinggi bagi Yayasan Amal Malaysia dalam usaha membela nasib masyarakat Muslim yang diancam kebuluran, kemiskinan, bencana dan penindasan.
Program Qurban & Aqiqah melalui AMALQURBAN daripada Yayasan Amal Malaysia ini dengan motto #feedthepoor adalah program bagi menyantuni mangsa bencana kemanusiaan terhadap masyarakat minoriti islam di pelbagai pelusuk dunia melalui pendekatan bantuan makanan melalui ibadah korban dan akikah
Amal Qurban dan Aqiqah Online menjadi platform utama pemudah cara kepada umat Islam untuk menyempurnakan ibadah dengan tawaran harga yang murah, mudah dan meyakinkan.
Mudah dan cepat. Hanya perlu buat tempahan Qurban secara dalam talian
Harga qurban yang berpatutan di dalam dan luar negara
Salah satu platform qurban online yang diyakini dan dipercayai
Amal Qurban memfokuskan Ibadah Qurban kepada fakir miskin di Sabah. Sesungguhnya memberi makan kepada fakir miskin itu lebih Afdhal daripada memberi makan orang biasa.
Amal qurban juga mengambil gambar sembelihan sebagai bukti anda menyertai ibadah Qurban.
Video sembelihan boleh dilihat secara umum di Facebook Page Yayasan Amal Malaysia.
Setiap peserta akan diberikan sijil sebagai bukti penyertaan oleh Yayasan Amal Malaysia
“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Beramal Kerana Allah”
Yayasan Amal Malaysia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan dakwah, kebajikan dan kemanusiaan serta aktif menjalankan misi di dalam dan luar negara.
No 79, Tingkat 1, Jalan Wawasan, Pusat Perniagaan Wawasan , 86200 Simpang Renggam, Johor
011-1144 6350
yayasanamaljohor@gmail.com