KLUSTER AMAL DOKTOR

Amal Doktor merupakan  produk berimpak tinggi Yayasan Amal Malaysia yang memberi fokus kepada masyarakat dan individu yang miskin dan sangat memerlukan bantuan dari segi kesihatan. Amal Doktor terdiri daripada kumpulan doktor, pembantu perubatan, ahli perubatan alternatif serta sukarelawan dari pelbagai latarbelakang.

“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia yang lain. Sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapus kesusahan orang lain, atau melunasi utang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di masjidku ini selama satu bulan.”
(Riwayat At-Thabrani)


PROGRAM AMAL DOKTOR

1.  Program Derma Darah

Program Derma Darah 1.0 di Wisma Veteran ATM, Bt 7, Jln Renggam, Simpang Renggam (6 Jun 2021)

 

2. Program Derma Darah

Program Derma Darah 2.0 di Hospital Pontian (22 Julai 2021)

 

3. Sumbangan faceshield dan PPE kepada Hospital Kota Tinggi

 

4. Sumbangan  Barangan Keperluan Dapur  PKP