KLUSTER EDUCATION 4 BETTER FUTURE

Edu 4 Better Future merupakan sebahagian daripada produk berimpak tinggi Yayasan Amal Malaysia yang bermula sejak tahun 2010 lagi memberi fokus kepada pendidikan masyarakat di peringkat kanak-kanak yang berusia lingkungan 4 hingga 12 tahun. Produk ini bertujuan untuk memberi Pendidikan asas kepada manusia dan dapat memandu kepada ilmu  pengetahuan.

Program Edu 4 Better Future memberi fokus kepada kawasan pendalaman dan juga kawasan kem pelarian yang terkesan dari peperangan atau bencana alam.

Ada dua produk sedia ada dalam Edu4 Better Future ialah Tadika AMAL (Sabah dan Sarawak) Tadika AMAL Belantara (KOA Perak) & Sekolah Darurat (Aceh)

Daripada Abu Mas’ud Uqbah bin Amir al-Ansari R.A,
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
“Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka dia akan mendapat pahala sepertimana pahala orang yang mengerjakannya.”


PROGRAM EDU 4 BETTER FUTURE

1.  Tadika Amal Pucur

Tadika AMAL Pucur merupakan salah satu projek berimpak tinggi Yayasan Amal Malaysia. Tadika ini telah mula beroperasi pada 7 Mac 2021 dan  menempatkan lebih kurang 14 orang pelajar ,  2 orang guru terlatih di bawah Pusat Dakwah Serantau  dan 1 orang guru penyelaras.

Antara objektif penubuhan Tadika AMAL Pucur adalah untuk menaiktaraf pendidikan dikalangan anak-anak orang asal di Perkampungan Orang Asal Kampung Pucur dan meningkatkan kefahaman beragama penduduk islam dalam kalangan orang asal.

Terdapat juga pelajar daripada keluarga yang belum Muslim, namun anak mereka dihantar ke tadika ini dan mempelajari sistem pendidikan aliran Islam.

Inisiatif Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor telah membaik pulih dan mengurus Tadika Amal Pucur ini yang dijalankan secara percuma. Semuanya hasil daripada sumbangan orang ramai kepada Yayasan Amal Malaysia.

Inilah antara anak-anak yang kami didik di Tadika Amal Pucur. Mereka diberi kelengkapan belajar, makan minum dan pakaian sekolah  secara percuma hasil sumbangan orang ramai yang prihatin terhadap nasib mereka. Teruskan menyumbang untuk pendidikan mereka.

Semoga  anak- anak ini menjadi insan yang hebat dan bakal membawa perubahan dalam masyarakat orang asal disana. Moga menjadi permata islam pada masa akan datang insyaAllah.

2. Sumbangan Tablet /Laptop