KLUSTER WATER 4 LIFE

Water 4 Life ialah satu Program Yayasan Amal Malaysia menfokuskan pembinaan telaga tube di sekitar kawasan bencana kemarau dan pedalaman seperti di Acheh, Indonesia, Gaza, Kem Pelarian Kasala Sudan, dan juga beberapa tempat di pedalaman Sabah & Sarawak. Air ialah intipati kehidupan manusia.

Justeru Yayasan Amal Malaysia sentiasa berusaha untuk berkongsi manfaat dan kemahiran dalam membina mesin ‘tube well’ dengan harga yang murah.

WAKAF TELAGA atau juga di kenali sebagai “Water4Life”

Program sumbangan wakaf telaga (Produk Berimpak Tinggi) adalah program sepanjang tahun daripada Yayasan Amal Malaysia dalam dan luar negara untuk membantu komuniti masyarakat yang sangat memerlukan sumber air bersih sebagai minuman dan kegunaan aktiviti harian.

Daripada Saad Bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah,
“Wahai Rasulullah sepanjang ibu saya telah meninggal dunia,   apakah sedekah paling afdal untuknya ?” Rasulullah S.A.W bersabda, “ Air…” Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “Ini untuk ibu Saad….”

(Hadith  Riwayat Abu Daud)


PROGRAM WATER 4 LIFE

1. Telaga Air Dalam Negara

Pondok Anwarul Mahabbah , Sri Lalang, Kluang

2. Telaga Air Luar Negara (di Cameroon, Chad, Kemboja)

DANA TERKINI

Pembinaan Tube Well Di Dalam dan Luar Negara

Dalam Negara

  • Madrasah tahfiz Al- Quran , Segamat
  • Maahad Tahfiz Al- Khairiah, Mersing
  • Surau dan Komuniti Tanjung Sedili, Kota Tinggi
  • Wakaf Darul Quran, Mersing

Luar Negara (Chad , Cameroon dan Kemboja)