UNIT AMAL QURBAN
Pelaksanaan Program Qurban dan Aqiqah Yayasan Amal Malaysia 2021 di Benua Afrika
Program Qurban dan Aqiqah melalui Yayasan Amal Malaysia dengan moto #feedthepoor adalah program yang dijalankan bagi menyantuni mangsa bencana kemanusiaan. Antaranya termasuklah (kebuluran/peperangan/IDPs/pelarian/penyisihan lantaran penafian hak beragama terhadap masyarakat minoriti Islam dll) di pelbagai pelusuk dunia. Pendekatan bantuan makanan yang dilaksanakan adalah melalui ibadah qurban dan aqiqah.
Indeks Pembangunan Manusia PBB telah menetapkan bahawa Chad merupakan negara ketujuh termiskin di dunia dengan populasi 80% penduduk hidup di bawah garis kemiskinan. Ekonomi pertanian Chad didorong oleh pembangunan ladang minyak dan jalur paip sejak tahun 2000. Selain itu, lebih dari 80% penduduk Chad menjalankan pertanian dan penternakan sebagai sumber utama pendapatan mereka. Inilah antara sebab utama yang menyebabkan Yayasan Amal Malaysia membuat misi Ibadah Qurban dan Aqiqah di sana. Untuk kebanyakan rakyat Chad, daging adalah makanan dan hadiah istimewa bagi mereka. Jika tiada program seperti ini, sukar untuk mereka menikmati hidangan bersumberkan daging.