UNIT MENYANTUNI ASNAF


PROGRAM MENYANTUNI ASNAF

1. Sumbangan Asnaf

 

2. Gerobok Amal Kongsi Rezeki

AMAL Kongsi Rezeki Adalah satu projek yang di usahakan oleh Yayasan Amal Malaysia, sebuah NGO dakwah dan kebajikan yang  sentiasa mencari peluang untuk mendekati golongan yang kurang bernasib baik melalui pelbagai aktiviti.

Usaha ini mensasarkan golongan asnaf bagi meringankan beban kehidupan dan masalah yang dihadapi oleh mereka, seterusnya mampu menjadi medium dakwah bilhal yang berkesan kepada asnaf Islam dan belum Islam.

Apabila bermualanya pandemic covic-19, proses untuk membantu asnaf untuk mendapatkan bekalan makanan menjadi lebih sukar dan mencabar. Relawan mudah terdedah kepada bahaya jangkitan penyakit disamping kesukaran untuk mendapatkan kelulusan pihak berkuasa bagi menjalankan operasi agihan.

Walau bagaimanapun asnaf tetap harus dibantu agar mereka tidak kelaparan dan boleh terus kekal di rumah sempena darurat ini.